PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

Thursday 26 June 2014

BARANG PENTING KETIKA MELANCONG


Semua keperluan penting termasuk dokumen perjalanan, duit belanja dan tempat penginapan sudah tersedia. Namun, yang menjadi masalah adalah barangan ingin dibawa terlebih muatan dan menyebabkan banyak beg yang perlu dibawa atau memaksa anda meninggalkan beberapa barang yang perlu dibawa.

Justeru, tip berikut mungkin boleh membantu anda menyusun barang dan membawa barangan yang penting saja ketika melancong.

Tinggalkan peralatan kecantikan rutin anda

Jika anda mempunyai beberapa jenis produk berlainan untuk menguruskan rambut ikal anda, tinggalkan semua barangan itu seketika dan biarkan anda bebas daripada perkara berkenaan.

Anda tidak kelihatan buruk di dalam gambar ketika percutian jika setiap malam rambut dicuci dengan syampu biasa saja.

Jika anda pandai meneroka tempat percutian eksotik, anda mungkin boleh memperoleh produk kecantikan yang sesuai dengan penjagaan anda di rumah.


Jangan bawa perhiasan atau barangan berharga

Ada di antara kita yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana tanpa barang perhiasan. Bagaimanapun, ketika melancong, penggunaan perhiasan itu terutama perhiasan berharga seperti rantai, cincin dan gelang emas perlu di elakkan.

Ini kerana dengan pemakaian barangan perhiasan, ia boleh mengundang pelbagai masalah terutama pencuri. Jika anda perlu membawa perhiasan kerana ada majlis khas, pastikan anda tidak memakainya di jalan atau tempat umum.

Selain menghindar daripada barangan anda itu dicuri, anda juga boleh menyelamatkan nyawa anda daripada sebarang bahaya.


Bawa satu buku panduan saja

Saat melancong, sesetengah orang sudah terbiasa membawa beberapa buku panduan kerana setiap buku memiliki kelebihan masing-masing. Namun tidak perlulah membawa sampai lebih daripada sebuah buku.

Jika buku yang dirasakan istimewa dan perlu dibawa kerana punya info yang menarik, anda boleh menyalin maklumat itu di dalam kertas atau buku nota. Jadi, beg anda tidak berat dek buku panduan yang banyak.

Alternatif lain, anda boleh membuka blog atau catatan peribadi panduan ketika melancong di Internet. Ia pastinya boleh membantu.


Jangan membawa pakaian lebih daripada keperluan

Bagi yang tahu menganggarkan helaian baju atau seluar yang bakal dibawa, pasti tidak punya masalah. Tetapi bagi yang tidak tahu, sudah pasti banyak pakaian yang dibawa dan ada kalanya tidak dipakai sepanjang percutian.

Justeru, jika pergi bercuti, bawalah pakaian yang mudah disuai padan. Kemudian, cari maklumat mengenai cuaca di destinasi yang bakal dikunjungi.

Jika baju yang dibawa tidak mencukupi, anda boleh menggunakan khidmat cucian dobi atau di kedai yang memberikan perkhidmatan cucian sendiri.

Kalau pun tidak jumpa kedai dobi di tempat yang dituju itu, paling mudah jika kehabisan baju, belilah di pasar atau kedai yang disukai. Selain dipakai, ia juga boleh dijadikan kenang-kenangan selain dapat membantu ekonomi masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment