PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

Thursday 26 June 2014

BARANG WAJIB BAWA SEMASA MELANCONG



Ramai yang bertanyakan saya, apa yang perlu di bawa semasa melancong selain dari pakaian dan kelengkapan keperluan. Sebenarnya, bergantung kepada individu itu sendiri. Jika anda jenis yang gemarkan bawa banyak barang, bawalah apa-apa pun yang anda larat bawa. Saya pula jenis yang lebih gemar bawa barang sedikit mungkin. Untuk perjalanan 5 hari, selalunya saya akan bawa barangan berikut:
Checklist

Powerbank

Powerbank sangat penting terutamanya untuk handphone. Powerbank dengan kapasiti 10,000 mAh sudah cukup. Dah boleh guna untuk caj smartphone Sony Xperia Z Ultra sebanyak 6 kali. Tapi lagi besar kapasiti lagi bagus kerana anda tak perlu bimbang kehabisan bateri handphone. Dalam penerbangan yang jauh contohnya, anda perlukan bekalan tenaga mencukupi bagi handphone. Lagipun, ia tidak berat dan mudah dibawa.

Kamera digital

Kamera yang saya gunakan ialah Nikon J1 dengan lense 10-30mm sahaja. Hampir kesemua gambar yang dimuatnaik dalam blog ini menggunakan kamera tersebut. Gambar memuaskan dan saya tidak bawa kelengkapan kamera lain seperti tripod, dan seumpamanya. Ringan, gambar cun, mudah digunakan, bateri tahan lama.

Long John atau Heattech

Bergantung kepada destinasi yang anda nak pergi. Jika melancong pada musim sejuk atau winter, atau di negara yang suhunya sejuk, long john atau heattech ialah satu kemestian. Long John dipakai di bahagian dalam baju, berfungsi untuk memerangkap haba. Long John dan Heat tech ialah pakaian yang fungsinya sama iaitu pakaian untuk memanaskan badan. Bezanya, Long John biasanya dibuat dari cotton dan acrylic yang kelihatan seperti tshirt biasa, manakala heattech ialah sejenis kain dihasilkan dari teknologi Jepun yang lebih nipis dari long john. Heat tech juga lebih mahal, tapi lebih selesa.

Travel cooker

Bagi sesiapa yang nak makan dengan mudah, bolehlah bawa travel cooker. Senang tak perlu susah-susah keluar cari makan tengah malam. Anda boleh memasak bila-bila masa dgn adanya travel cooker. Benda ni juga penting bagi anda yang pentingkan halalan toyyiban semasa melancong. Boleh guna untuk masak nasi, rebus telur, masak sup, masak sardin, steam ikan salmon, rebus sotong kurita di Jepun, masak udang masak pedas dan juga masa meggi. Yang penting, anda boleh save banyak wang dengan tak perlu makan di luar.

Plaster

Bagi mereka yang berjalan jauh berkilo-kilometer, plaster atau handyplast sangat penting. Boleh beli kat mana-mana farmasi, disebabkan ianya ringan, saya selit sahaja dalam 10 keping dalam mana-mana ruang bagpack saya.

Minyak Cap Kapak atau Salonpas Spray

Bila jalan jauh, atau kadang-kadang kita mendaki semasa melancong, kemungkinan untuk dapat sakit urat itu tinggi. Minyak cap kapak lagi senang di bawa kerana ia berbotol kecil dan lepas untuk masuk cabin bag. Salonpas Spray pula saya letakkan dalam luggage. Bawa mana-mana salah satu pun dah OK. Asalkan ada bila diperlukan.

Wet Tissue atau Tisu Basah

Yang ni saya bawa awal-awal dari Malaysia. Toilet di Jepun, Amerika Syarikat semua jarang-jarang yang ada air. Boleh gunakan untuk cuci lepas “melepas”, untuk basuh tangan sebelum makan atau untuk cuci muka bila diperlukan. Saya bawa dua tiga pek setiap kali travel. Satu pek wajib ada dalam bagpack, selebihnya dalam check in luggage.

Ubat-ubatan seperti panadol, ubat cirit birit dan tahan muntah

Adalah menjadi kebiasaan bagi saya mengalami muntah-muntah atau cirit birit setiap kali makanan tidak sesuai dimakan. Pernah saya keracunan makanan di Bandung, dan semasa dalam perjalanan balik dari Jepun. Nasib baik ada ubat-ubatan ni, tapi dalam banyak keadaan semasa keracunan makanan, ubat-ubatan didapati tidak berkesan dan tidak “stay down in our belly”. Bila makan ubat, terus muntah kembali. Petua saya, jika ini berlaku, anda minumlah air kelapa samada dalam tin atau bukan dalam tin. Kalau ada kelapa segar, itu lagi bagus. Kalau tak ada, belilah jus buah-buahan seperti jus Cranberry (kebanyakan supermarket dan dalam flight AirAsia ada jual). InsyaAllah ia membantu anda berhenti muntah.

Travel adapter

Plug yang terdapat di lain-lain negara tidak sama dengan di Malaysia. Amat penting untuk bawa travel adapter bersama. Saya beli travel adapter dari Lazada (klik). Boleh digunakan di Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat. Anda tak perlu bawa 5 travel adapter. Satu pun dah cukup, kemudian bawa extention dari rumah. Jimat, bukan?

Toiletries

Berus gigi, pencuci muka dan pelembap muka merupakan perkara penting yg saya akan bawa. Syampoo, shower foam dan ubat gigi kebiasaannya sudah disediakan di hotel. Melainkan jika anda melancong gaya backpacker, bawalah beberapa paket kecil syampoo yang boleh didapati di farmasi.


No comments:

Post a Comment