PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

Thursday 26 June 2014

KADAR TUKARAN DAN TIPS MEMBELI BELAH


Kadar Tukaran Wang

Untuk mengentahui kadar tukaran wang, sila semak sahaja jadual di sebelah. Anda di nasihatkan untuk membuat tukaran wang di Malaysia sebelum bertolak ke destinasi lawatan anda kerana ianya boleh menjimatkan masa - bayangkan kalau kumpulan anda mempunyai ahli yang ramai, maka sudah tentu anda dan ahli kumpulan anda terpaksa menghabiskan masa di kiost tukaran wang di destinasi lawatan anda.

Tips membeli & tawar menawar

Biasanya harga yang diberikan masih boleh ditawar - oleh itu jangan segan untuk membuat tawaran. Adalah menjadi kebiasaan peniaga-peniaga akan meletakan harga yang melebihi 'harga yang sebenar' kerena pada fikiran mereka pasti pelancong akan meminta tawaran harga. Mereka juga berangapan bahawa pelancong memang membawa banyak wang untuk membeli-belah. Oleh itu anda boleh membuat tawaran harga asalkan ianya munasabah dan tidak merugikan mereka.
Bagi mereka yang pertama kali ke luar negara, misalnya Indonesia kita akan merasa agak keliru untuk menggunakan duit rupiah. Misalnya jika kita ingin membeli sesuatu barangan dan katakan harganya Rp100,000, dalam fikiran, kita terus menghitung-hitung iaitu berapakah nilai Rp100,000 kalau dikira dengan ringgit?. 

Oleh itu, kita hendaklah membiasakan diri dengan kadar tukaran di setiap negara yang kita lawati.  Bila kita sudah tahu dan biasa dengan kadar tukaran, maka kita sudah boleh menilai adakah barangan yang akan kita beli itu murah atau mahal, maka dengan itu, bolehlah kita membuat tawar-menawar sekiranya kita merasakan harga yang ditawarkan itu agak mahal.

Bagi mereka yang agak/masih keliru dengan kadar tukaran matawang ringgit dengan matawang sesuatu negara yang anda akan lawati, anda dapatkan dahulu kadar pertukaran semasa dan hafal. Anda boleh menggunakan talifon bimbit yang mempunyai fungsi tukaran asing - dengan itu setiap kali kita merasa agak keliru untuk mengira kadar tukaran, gunakan saja applikasi kadar tukaran wang di talifon bimbit anda. 

Ada juga sebahagian di kalangan kita membuat tawar menawar bukan kerana merasakan harga barangan yang hendak dibeli itu mahal tetapi sekadar mahu mencuba kemahiran 'bargain power' atau kemahiran mereka untuk membuat tawar-menawar sehinggakan ada di antara peniaga merasa agak serba salah. Kita sepatutnya membuat tawar-menawar yang munasabah terutamanya kepada peniaga-peniaga jalanan, kerana sebahagian mereka adalah orang susah.

Jika anda menghadapi situasi 'dikerumi' oleh peniaga yang seakan mendesak agar membeli barangan mereka sedangkan anda memang tidak mahu membeli barangan tersebut - anda seharusnya cakap sahaja dengan cara baik dan terus beredar dari situ dan jangan bertanya apa-apa jika anda tidak mahu membeli.

Oleh itu, jika anda mahu ke melancong ke luar negara jangan lupa untuk memahirkan diri dengan kadar tukaran wang - supaya anda tahu berapakah nilai sebenar barangan yang anda beli jika dinilaikan dengan ringgit. Selamat melancong dan membeli-belah!.


No comments:

Post a Comment