PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

PORTAL PENDIDIKAN PELANCONGAN

Thursday 26 June 2014

CARA UNTUK PACKING BARANG SEBELUM MELANCONG


1.Gulung baju anda
Jika kebiasaan anda selalu melipat baju anda untuk dimasukkan ke dalam luggage, ganti cara itu dengan menggulungnya.
Dengan menggulung, akan dapat mengurangkan kedutan pada baju dan dapat memaksimalkan penggunaan ruangan.BAG LUGGAGE anda juga dapat menampung lebih banyak barang.

2.Letakkan baju anda
 lipat lengannya, dan mula gulung dari bawah ke atas. Untuk baju yang tipis, gulung dua atau tiga baju bersamaan.

3. Menyusun semua benda yang perlu dibawa/ Organize your stuff
Susunlah barang-barang yang perli dibawa masuk ke dalam beg lagguage mengikut jenisnya, contohnya semua seluar diletakkan di satu sisi, semua baju diletakkan di sisi lain. Cara ini akan memudahkan anda mencari barang beg luggage tersebut.

4.Menyusun mengikut saiz.
Mulailah dengan memasukkan barang yang besar seperti seluar atau baju terlebih dahulu. Setelah semua barang besar tersusun di di ruang beg lagguage, barang yang lebih kecil seperti seluar dalam dapat diselitkan diantaranya. Biasanya di sudut-sudut ruang yang masih tersedia sedikit..

5. Barang kosmetik dan toiletries
Untuk anda yang membawa kosmetik atau perlengkapan mandi, perjalanan yang menggunakan khidmat udara@kapal terbang seeloknya meletakkan semua barangan cecair didalam sebuah beg kecil dan kemudian letakkan di dalam beg lagguage anda. Elakkan membawa barangan tersebut ke dalam hand luggage@cabin luggage kerana ianya boleh dirampas oleh pihak berkuasa. Pastikan beg kecil itu adalah kedap bocor. 
Pilih kosmetik & toiletries yang berbentuk mini atau dalam travel pack.

6.Untuk barang yang mudah pecah seperti botol parfum, masukkan ke dalam plastik kecil dan selitkan diantara baju.

7.JANGAN KETERLALUAN @ Don’t Over pack
Bawa barang secara perlu dan secukupnya. Ini yang selalu menjadi masalah terutama kepada kaum wanita. Bawalah pakaian yang dirasakan akan dipakai sewaktu percutian. Pastikan bag lagguge anda mempunyai ruang sedikit kerana anda pasti membeli belah di saat percutian anda.
Jadi selalulah sediakan sedikit ruang di dalam luggage anda untuk hasil buruan di tempat  yang anda lawati.

8.Apabila anda berpergian ke luar negeri 
Sebaiknya jangan meletakkan barang terlalu penuh. Apabila luggage anda dipilih untuk diperiksa, barang yang disusun elok akan 'berantakan' malah menjadi semakin tidak terurus.


No comments:

Post a Comment